All News

KUNJUNGAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) KE PUSAT PENGAJIAN ANTARABANGSA (SOIS)

lawatan pengerusi lpu

KUNJUNGAN PENGERUSI LEMBAGA PENGARAH UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM) KE PUSAT PENGAJIAN ANTARABANGSA (SOIS)

SOIS ONLINE : Ybhg. Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj, Mohd Shukor Hj Mahfar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Universiti Utara Malaysia telah mengadakan kunjungan ke Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) untuk menyampaikan Syarahan Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan: Kecemerlangan Kepimpinan Dalam Menghadapi Cabaran Masa Kini anjuran Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM).

Turut hadir ialah Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani serta Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Pendaftar, Bendahari dan Para Pegawai Kanan Universiti.

Ybhg. Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj, Mohd Shukor Hj Mahfar telah dibawa melawat Bilik Treaty SOIS untuk menandatangani Buku Pelawat serta menerima cenderamata daripada Penolong Naib Canselor UUMCOLGIS, Prof. Madya Dr. Muhammad Fuad Othman.