English Afrikaans French German Italian Portuguese Russian Spanish

2017

NAIB CANSELOR RAI AHLI PERSATUAN BEKAS-BEKAS DUTA MALAYSIA

NAIB CANSELOR RAI AHLI PERSATUAN BEKAS BEKAS DUTA MALAYSIA

UUM ONLINE: Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak telah meraikan ahli-ahli Persatuan Bekas-Bekas Duta Malaysia (AFMA) dalam majlis makan tengah hari di Kelab Golf, UUM hari ini.

Kehadiran ahli-ahli AFMA ke UUM adalah sempena program Intellectual Discourse antara Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) dan AFMA yang akan berlangsung di SoIS esok.

Naib Canselor dalam ucapan meraikan kehadiran delegasi berkenaan berkata beliau sangat berbesar hati atas kesudian delegasi AFMA hadir ke UUM bagi menjayakan program yang dianjurkan SoIS.

Menurutnya SoIS merupakan pusat pengajian penting yang melahirkan graduan dalam bidang hubungan antarabangsa dan perniagaan antarabangsa.

"UUM sememangnya memerlukan sokongan daripada tokoh-tokoh yang berpengalaman luas dalam bidang hubungan diplomatik supaya pelajar dapat pengetahuan praktikal secara hands-on yang boleh memberi manfaat kepada mereka," ujarnya.

Tambahnya UUM sentiasa melakukan penglibatan yang berterusan dengan tokoh-tokoh yang berpengalaman dalam bidang hubungan antarabangsa dengan menjemput bekas duta dan duta luar untuk menyampaikan syarahan kepada pelajar menerusi "Ambassadorial Talk".

Terdahulu pada sebelah pagi delegasi yang diketuai oleh Bekas Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tan Sri Razali Ismail berkesempatan meluangkan masa beriadah bermain golf di Padang Golf UUM.

Naib Canselor turut menyampaikan cenderamata kepada delegasi berkenaan pada majlis tersebut.

Hadir sama Penolong Naib Canselor UUM COLGIS, Prof. Madya Dr. Ahmad Bashawir Haji Abdul Ghani, Profesor Adjung SoIS, Dato' Mohamed Redzuan Mohamed Kushairi dan pegawai-pegawai kanan UUM.

Print Email

Quick fact

  • student enrolment2018
  • academic staff2018

UUM Links

uum portal icon  uum    

Media Social

facebook 512 youtube new logo