English Afrikaans French German Italian Portuguese Russian Spanish

2017

RAMADAN BULAN BERKONGSI KEGEMBIRAAN PENGERAT SILATURAHIM SESAMA WARGA SOIS

raya sois

SoIS ONLINE – Telah menjadi satu kebiasaan apabila menjelangnya bulan Ramadan Al-Mubarak manusia berlumba–lumba merebut ganjaran daripada Allah melalui sedekah dan pemberian sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Bersempena bulan yang mulia ini melalui Kelab Kebajikan SoIS pelbagai program telah diatur pada hari keenam belas umat Islam menjalankan Rukun Islam keempat di samping syawal yang kian dirasai telah memberikan satu peluang kepada semua warga Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) untuk bersama-sama melaksanakan Ibadah tersebut disamping turut melaksanakan aktiviti yang akan meningkatkan ukhwah dan hubungan sesama warga SoIS. Seawal jam 10.00 pagi 11 Jun 2017 semua kakitangan akademik dan pentadbiran SoIS berkumpul di hadapan foyer SoIS bagi menjayakan program Salam Aidilfitri di bawah Unifilm.

Selain aktiviti ucapan aidilfitri peluang ini digunakan untuk sesi bergambar berkumpulan seterusnya majlis penyampaian sumbangan kepada kakitangan pencucian yang berkhidmat di bangunan SoIS. Program ini adalah sebagai ingatan sumbangan kakitangan pencucian yang merupakan salah satu elemen penting terutamanya berkaitan kebersihan sesebuah bangunan. Mereka telah diberikan sumbangan dalam bentuk beras dan barang-barang keperluan harian. Sumbangan adalah hasil kutipan daripada kakitangan SoIS. Selain program ini, tazkirah dan tadarus al-Quran juga turut diadakan sepanjang bulan mulia ini.

Kaunter kutipan zakat telah dibuka pada hari yang sama oleh Pusat Islam bagi memudahkan urusan kakitangan melaksanakan rukun islam yang ketiga ini. Program diteruskan dengan majlis berbuka puasa, solat maghrib dan isya serta solat tarawikh. Majlis berbuka puasa ini melibatkan penyertaan kakitangan dan ahli keluarga telah membantu mengerat hubungan serta saling kenal mengenali di antara kakitangan dan ahli keluarga masing-masing di SoIS.

 

Print Email

Quick fact

  • student enrolment2018
  • academic staff2018

UUM Links

uum portal icon  uum    

Media Social

facebook 512 youtube new logo