English Afrikaans French German Italian Portuguese Russian Spanish

2017

TANGAN DIHULUR SALAM DIBERI SAMBUTAN SYAWAL SOIS BERSAMA YANG BERBAHAGIA DATO’ SERI NAIB CANSELOR

SOIS RAYA

 SoIS ONLINE - Sambutan Aidilfitri tahun 1438 masihi bakal melabuhkan tirai, namun kemeriahannya masih lagi dirasai. Pada 18 Julai 2017, warga Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) lengkap berpakaian tradisional berwarna-warni berkumpul bersama-sama dalam Majlis Silaturahim Aidilfitri. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berbahagia Profesor Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia dan delegasi daripada Universitas Prima Indonesia (UNPRI). Kemeriahan majlis semakin bertambah dengan kehadiran 7 orang anak yatim sekitar UUM bagi menerima menerima sumbangan duit raya yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Seri Naib Canselor.

Yang Berbahagia Dato’ Seri Naib Canselor mengharapkan agar semua terus memberikan komitmen untuk meningkatkan pencapaian seperti yang disasarkan oleh pengurusan UUM. Semasa ucapan beliau memohon agar dapat terus berusaha untuk meningkatkan sumbangan masing-masing untuk terus melonjak pencapaian UUM seperti yang terbaru iaitu kedudukan 101-150 dalam QS Ranking.

Didalam ucapan aluan Prof. Dr. Ahmad Bashawir Haji Abdul Ghani turut memberikan penekanan bahawa kerjasam dengan pihak luar adalah sebagai salah satu komponen dalam menaikkan rangking pusat Pengajian. Tambahan beliau hubungan kerjasama melalui penawaran program PhD kepada para penjawat UNPRI yang telah mula dilaksanakan adalah sebagai cara untuk meluaskan pasaran dan secara tidak langsung memberikan impak kepada program UUM dan juga SoIS. Program kerjasama ini tidak hanya terbatas dalam kerjasama akademik sahaja, malah hubungan kedua-dua universiti turut dianggap sebagai hubungan diplomasi antara Malaysia dengan Indonesia di bawah satu rumpun yang sama. Turut disentuh adalah mengenai pencapaian SoIS dalam tempoh tiga tahun kebelakangan seperti Akreditasi AUN-QA, AACSB, peningkatan pelajar PhD dan peningkatan dalam perjanjian kerjasama dengan syarikat serta universiti luar negara serta peningkatan jumlah pelajar antarabangsa.

Habis.

Print Email

UUM Links

uum portal icon  uum    

Media Social

facebook 512 youtube new logo