English Afrikaans French German Italian Portuguese Russian Spanish

2017

PERBINCANGAN AWAL BAGI MELIHAT PROSPEK PASARAN UUM DI CINA

lawatan biase

SoIS ONLINE – Pasaran China yang begitu luas adalah merupakan salah satu prospek yang baik untuk program-program UUM. Perbincangan awal dengan pihak Baise University China yang diadakan dalam sesi kunjungan mereka ke Pusat Pengajian Antarabangsa adalah bertujuan untuk merisik program-program dan bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan antara kedua belah pihak. Dalam sesi perjumpaan tersebut pihak Baise University yang diwakili oleh Vice president bersama tiga (3) orang delegasi yang lain melihat kepada program pertukaran pelajar serta pertukaran kakitangan di mana program ini telah dilaksanakan oleh mereka bersama beberapa universiti di Asia.

Selain itu, peluang yang boleh digunakan adalah bagi tujuan meningkatkan jumlah pelajar antarabangsa terutamanya dari China yang mempunyai kemampuan untuk mengikuti program di UUM melalui kerjasama dengan Baise University ini. Dalam sesi perbincangan tersebut Prof. Dr. Ahmad Bashawir Bin Haji Abdul Ghani memohon untuk dilihat dengan lebih teliti berkaitan dengan bentuk kerjasama yang bakal dilaksanakan agar ianya akan dapat menguntungkan semua pihak serta segala perancangan kerjasama ini akan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Habis.

 

Print Email

Quick fact

  • student enrolment2018
  • academic staff2018

UUM Links

uum portal icon  uum    

Media Social

facebook 512 youtube new logo