English Afrikaans French German Italian Portuguese Russian Spanish

2017

"COUNTER-NARRATIVES" MENERUSI MEDIA SOSIAL SEBAGAI SATU STRATEGI MELEMAHKAN IMEJ DAN PROPAGANDA ISIS

anne speckhard

 

SoIS ONLINE - Dr. Anne Speckhard, Pengarah Pusat Antarabangsa untuk Kajian Extremisme dan Kekerasan (ICSVE) mempunyai pengalaman yang amat luas, melebihi lima belas tahun di dalam menjalani kajian serta pelbagai program berkaitan dengan keganasan (terrorism). Beliau telah mengadakan sesi temubual terhadap 500 pengganas, pelampau, ahli keluarga, rakan sekutu dan juga saudara mara yang melibatkan diri di dalam keganasan ini. Antara tumpuan kajian beliau adalah melihat apakah punca yang menyebabkan mereka terlibat di dalam keganasan serta apakah yang memotivasikan mereka untuk keluar daripada kegiatan tersebut. Beliau telah hadir sebagai penceramah di Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) yang bertajuk "Breaking the ISIS Brand : Trajectories Into and Back Out of Terrorism and the Social Media Recruiting ISIS".

Dalam sesi tersebut beliau telah berkongsi pengalaman serta bertukar pandangan di mana program ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan walaupun pada hakikatnya berada di dalam cuti semester. Terdapat pelbagai soalan dan pandangan dikemukakan dan interaksi antara beliau dengan penonton telah membuatkan sesi ini begitu rancak dan amat menarik. Antara yang ditekankan oleh beliau adalah memandangkan sosial media merupakan platform terpenting ISIS bagi menyebarkan ideologi mereka, maka "counter-narratives" menerusi media sosial adalah perlu dan merupakan salah satu cara yang paling efektif bagi melemahkan imej ISIS.

Program ini yang merupakan kerjasama Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) dengan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang turut dihadiri Prof. Dr. Ahmad Bashawir Bin Haji Abdul Ghani, Dekan SoIS, Dr. Ardian Shajkovci, Pengarah Penyelidikan (ICSVE), Cik Su Chi Chin, Pegawai Budaya Kedutaan AS, penjawat dan kakitangan SoIS, pelajar mobiliti inbound dan kakitangan UUM. Program seperti ini akan terus diadakan di SoIS menerusi penglibatan kerjasama daripada pihak luar dan dalam negara bagi memberikan ruang pandangan, perkongsian, serta saling bertukar fikiran berkaitan dengan isu-isu yang timbul di dalam ataupun luar negara.

Habis.

Print Email

UUM Links

uum portal icon  uum    

Media Social

facebook 512 youtube new logo