English Afrikaans French German Italian Portuguese Russian Spanish

2017

PAK ICAL SUNTIK INSPIRASI

ARB Talk

UUM ONLINE: Inovasi, kreativiti, kualiti manusia dan pendidikan satu rahsia yang sukses untuk merebut kemajuan pada abad ke-21.

“Walaupun prestasi Asia sangat bagus namun jalan yang kita tempuh masih panjang jadi berhijrah dengan lebih cepat, banyak membaca dan mencuba selain memanfaatkan ilmu pengetahuan dan teknologi maklumat.”

Ucap Pengasas Universitas Bakrie Bapak Ir. H. Aburizal Bakrie atau Pak Ical yang memberi inspirasi kepada warga kampus ketika menyampaikan Kuliah Umum bertajuk Hubungan Malaysia – Indonesia: Membangun Sinergi Dari Sisi Bisnes Pendidikan Dan Sumber Daya Manusia, di EDC Hotels & Resorts.

Jelasnya, kerjasama antara UUM dan Universitas Bakrie amat strategik dan bermanfaat dalam usaha meningkatkan sistem dan kualiti pendidikan serta sumber manusia di kedua-dua buah universiti.

Ujarnya, lawatan ini mengeratkan lagi hubungan kedua-dua buah universiti untuk bersama-sama mencapai tujuan tranformation of humanity dalam merintis perubahan umat manusia ke arah yang lebih baik.

“Ada gunanya kita hidup bukan sahaja untuk diri kita tetapi masyarakat dengan meningkatkan kehidupan manusia dan menjadi pembuat solusi yang sangat beerti kepada rakyat.

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, sebagai tokoh usahawan terkemuka, yang pernah memegang jawatan tinggi negara, Pak Ical kini memperkuatkan hubungan dua hala melalui diplomasi trek II, iaitu mengembangkan hubungan people to people – the non-state actors sebagai penyelesaian masalah terbaik sekiranya timbul sebarang isu.

“Kuliah umum mempunyai impak yang tinggi bukan sahaja dalam konteks hubungan Malaysia-Indonesia sebagai negara serumpun, tetapi juga bagi UUM sebagai institusi pengajian tinggi yang mempunyai visi “Menjadi Universiti Pengurusan Terkemuka.”

Print Email

UUM Links

uum portal icon  uum    

Media Social

facebook 512 youtube new logo