English Afrikaans French German Italian Portuguese Russian Spanish

2017

BAPAK ABURIZAL MENGHADAP HORMAT TUNKU TEMENGGONG KEDAH

ARB Istana

UUM ONLINE: Alor Setar - Yang Terhormat Bapak Ir. H. Aburizal Bakrie, Pengasas Universitas Bakrie, Indonesia telah menghadap hormat Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah di Istana Anak Bukit semalam.

Majlis menghadap hormat itu diadakan sempena kunjungan Bapak Ir. H Aburizal ke Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi menyampaikan Kuliah Umum Hubungan Malaysia-Indonesia: Membangun Sinergi Dari Sisi Bisnis, Pendidikan dan Sumber Daya Manusia anjuran Pusat Pengajian Antarabangsa di EDC-Hotels and Resorts.

Turut mengiringi beliau pada majlis menghadap hormat itu Naib Canselor, Prof Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, Penolong Naib Canselor UUM COLGIS, Prof Dr Ahmad Bashawir Haji Abdul Ghani dan pegawai-pegawai UUM.

Print Email

UUM Links

uum portal icon  uum    

Media Social

facebook 512 youtube new logo