English Afrikaans French German Italian Portuguese Russian Spanish

2018

KUNJUNGAN KALI KEDUA ZIMBABWE NATIONAL DEFENCE UNIVERSITY PERHEBATKAN AKTIVITI KERJASAMA

zimbabwe2nd

SoIS ONLINE – Melalui Memorandum Perjanjian (MoU) yang telah ditandatangani pada Mac 2017 yang lalu telah membuka ruang kerjasama di antara Universiti Utara Malaysia dengan Zimbabwe National Defence University (ZNDU). Pelbagai Perancangan aktiviti telah dimasukkan di dalam MoA ini bagi kepentingan secara bersama. Kunjungan kali ini oleh pihak ZNDU ke UUM adalah untuk merealisasikan hasrat bagi menganjurkan persidangan secara bersama di antara Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) dengan ZNDU pada Julai 2018 di Harare, Zimbabwe.

Perbincangan yang telah diadakan pada 23 Januari 2018 bagi menganjurkan The 1st International Conference On Peace, Security And International Studies (ICPSDS) 2018 bertempat di Bilik Treaty SoIS telah memberikan pemutihan berkaitan dengan fungsi dan tanggungjawab kedua belah pihak dalam penganjuran seminar ini. Dalam masa yang sama seminar ini akan turut melancarkan kerjasama UUM ZNDU bagi program Double Degree serta pelancaran buku oleh General Dr. Constantino Guveya Dominic Nyikadzino Chiwenga, Naib Presiden Zimbabwe. Dalam sesi lawatan ini delegasi turut juga dibawa ke sesi perjumpaan dengan Yang Berusaha Prof. Dr. Yusnidah Binti Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) bertempat di lobi EDC Hotel & Resort pada 24 Januari 2018.

Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan Universiti Awam (UA) pertama mengembangkan sayap di pasaran Zimbabwe dan melalui SoIS yang selari dengan misi pusat pengajian iaitu menyebarkan ilmu pengetahuan di dalam bidang pengajian antarabangsa dan perniagaan antarabangsa mampu untuk menarik lebih ramai pelajar antarabangsa terutamanya dari negara tersebut untuk mengikuti program pengajian di UUM.

Habis.

UUM Consider

Print Email

UUM Links

uum portal icon  uum    

Media Social

facebook 512 youtube new logo