English Afrikaans French German Italian Portuguese Russian Spanish

2018

MAJLIS JAMUAN MINUM PETANG PUSAT PENGAJIAN ANTARABANGSA (SOIS) BERSAMA ALUMNI 2018 MENDAPAT SAMBUTAN

ALUMNI 13MEI

MAJLIS JAMUAN MINUM PETANG PUSAT PENGAJIAN ANTARABANGSA (SOIS) BERSAMA ALUMNI 2018 MENDAPAT SAMBUTAN

SINTOK – Dalam suasana mod Pilihanraya (PRU14), Majlis Minum Petang Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) Bersama Alumni 2018 telah mendapat sambutan hangat walaupun pada awalnya terdapat kerisauan akan mengalami kurangnya kehadiran dan penyertaan meskipun telah membuat pengesahan awal. Namun kerisauan itu telah bertukar menjadi detik yang amat berharga di mana alumni yang telah menyatakan pengesahan mereka hadir seorang demi seorang di dalam majlis tersebut yang berlangsung di Sudirman Cafe, EDC Hotel Kuala Lumpur pada 13 Mei 2018 yang lalu. Program yang buat pertama kalinya diadakan ini telah membuka lembaran baharu di mana alumni memohon agar program seumpama ini diteruskan lagi pada masa akan datang.

Detik-detik di dalam majlis ini amat berharga bukan hanya kepada alumni tetapi kepada Pengurusan Pusat Pengajian di mana pada masa akan datang akan dilihat aktiviti lain yang boleh dianjurkan bagi melibatkan alumni dalam sasaran yang lebih besar disamping program yang akan membawa mereka untuk kembali ke UUM melalui program home coming. Menurut Prof. Dr. Ahmad Bashawir Haji Abdul Ghani di dalam ucapan beliau menyatakan amat terharu dengan kehadiran alumni di dalam majlis ini. Beliau juga memohon agar alumni SoIS dapat terus memberikan sumbangan mereka terhadap pembangunan Pusat Pengajian di samping memberikan input ke arah peningkatan dan kemajuan Pusat Pengajian. Program yang melibatkan alumni daripada Bidang Hal Ehwal Antarabangsa dan Perniagaan Antarabangsa ini telah diletakkan di bawah satu Pusat Pengajian apabila bermulanya sistem Pusat Pengajian pada tahun 2011. Apa yang membanggakan adalah alumni SoIS kini ada yang berkhidmat di Petronas, Malaysia Airlines, Media Prima dan menjawat jawatan sebagai diplomat serta berkhidmat agensi lain yang berprestij.

Permulaan Perancangan majlis ini adalah ekoran daripada komitmen yang ditunjukkan oleh alumni SoIS terutamanya apabila program pengauditan semula yang dibuat oleh pihak AUNQA mulai 11 hingga 14 Mac 2018 dan pihak SoIS berjaya mengekalkan persijilan tersebut. SoIS juga merancang untuk menyertai Association of Professional Schools of International Affairs (APSIA) pada masa akan datang. Sebagai permulaan satu kumpulan WhatsApp akan diwujudkan melibatkan alumni yang hadir dan menerusi WhatsApp ini akan dapat dibuat pengemaskinikan maklumat semasa di samping terus memperkukuhkan silaturahim di antara alumni dan Pusat Pengajian. Selain daripada majlis ini, alumni juga turut dibawa melawat sekitar EDC Kuala Lumpur bagi tujuan membantu mempromosi hotel tersebut.

Habis.

Print Email

Quick fact

  • student enrolment2018
  • academic staff2018

UUM Links

uum portal icon  uum    

Media Social

facebook 512 youtube new logo