English Afrikaans French German Italian Portuguese Russian Spanish

2018

UUM DAN INDUSTRI RINGANKAN BEBAN PENDUDUK KAMPUNG

csr 122018

UUM ONLINE:  UUM dan pihak industri berganding bahu menghulurkan tangan bagi meringankan beban orang kampung pada Program CSR Ziarah Kampung 2018 yang berlangsung di Kampung Wang Perah.

Pensyarah UUM, Prof. Madya Dr. Mohd Haniff Jedin berkata, penduduk teruja menerima sumbangan yang diberikan dalam pelbagai bentuk dalam program amal anjuran bersama School Of International Studies (SOIS UUM), Mattel (Malaysia) Sdn Bhd dan UMW GRANTT International Sdn Bhd. 

“Ini merupakan program ziarah kampung kali kedua diadakan pada tahun ini yang mana program pertama diadakan di Kampung Darat, Changlun.

“Program kali ini mendapat sambutan menggalakkan kerana kita membawa pihak industri yang sudi memberikan sumbangan kepada penduduk di situ dan usaha ini dirintis hasil perbincangan antara SOIS bersama penduduk kampung,” ujarnya.

Pada majlis itu, Ketua bahagian Jualan dan Pemasaran, Nor Helynda Ali dan Noridura Ali Badarudin, Pengurus Pemasaran dari UMW GRANTT International Sdn. Bhd. memberi sumbangan kemaja T, beg beserta barangan keperluan asas kepada golongan B40 dan asnaf yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat.

Manakala Syarikat multinasional dari Amerika Syarikat yang beroperasi di Pulau Pinang, Mattel (Malaysia) Sdn Bhd yang diketuai Pengurus Bahagian Pengambilan Pekerja, Dayang Hasimah tidak ketinggalan menyampaikan 10 hamper permainan Hot Wheels yang digemari kanak-kanak.

Jabatan Perniagaan Antarabangsa, SOIS berganding bahu bersama-sama pelajar Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa (BIBM) di bawah persatuan pelajar, International Business Management Society (IBMS) menyumbang sarapan, makan tengahari, barang-barang keperluan asas dan hamper makanan. 

Antara aktiviti yang dijalankan seperti gotong-royong membersihkan surau, menanam pokok di sekeliling surau, menziarahi anak-anak kurang upaya (OKU), pemberian barangan keperluan asas kepada 20 orang miskin dan hadiah cabutan bertuah.

Program ini dirasmikan oleh Syafiq Mat Roziki, yang mewakili Ahli Parlimen Kubang Pasu, Dato Ir. Amirudin Hamzah. 

Print Email

UUM Links

uum portal icon  uum    

Media Social

facebook 512 youtube new logo