English Afrikaans French German Italian Portuguese Russian Spanish

2019

PELAJAR PERLU MANFAAT PELUANG DI UNIVERSITI TIMBA PENGALAMAN BAHARU

MOKHZANI

PELAJAR PERLU MANFAAT PELUANG DI UNIVERSITI TIMBA PENGALAMAN BAHARU

UUM ONLINE: Pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) diingatkan untuk memanfaatkan masa pengajian di universiti dengan menimba pengalaman baharu sebelum melangkah ke dunia pekerjaan.

Profesor Adjung, Tan Sri Mokhzani Tun Mahathir berkata, masa berada di universiti adalah peluang terbaik untuk mempelajari pelbagai perkara baharu serta belajar daripada orang lain.

Menurutnya, dengan ilmu pengetahuan yang dimiliki itu kelak mampu membantu pelajar dalam bidang pekerjaan, bagaimanapun beliau berharap pelajar khususnya Melayu dapat membuang sifat malu sekiranya ingin berjaya.

"Pastikan diri masing-masing sentiasa bermotivasi dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang disukai dan perlu berkeyakinan untuk menonjolkan kebolehan diri walau di mana berada.

"Pada masa sama, pelajari bahasa dan budaya luar apabila berada di luar negara. Paling penting belajar daripada kesusahan kerana jika seseorang itu tidak pernah melalui kegagalan atau kesusahan, dia tidak akan menghargai kesenangan atau kejayaan yang dimiliki," katanya pada Talk by Adjunct Professor bertajuk 'Winning Not Just In Malaysia, But Also Succeeding Overseas' anjuran Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) di Auditorium SOIS, semalam.

Pada syarahan tersebut, beliau juga berkongsi pengalamannya sebagai ahli perniagaan dan tips untuk menarik pelanggan walaupun beliau turut pernah melalui kegagalan sebelum berjaya seperti sekarang serta bersoal jawab bersama pelajar.

Beliau yang juga Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Permotoran Malaysia turut menyampaikan sijil dekan kepada sembilan pelajar cemerlang dan merasmikan SOIS Contributor Wall Frame sebelum melawat sekitar kampus termasuk Varsity Mall.

Pada majlis sama, Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Ahmad Bashawir Abdul Ghani telah menyampaikan watikah pelantikan kepada Pengurus Besar Kencana Capital, Izhar Moslim sebagai Ahli Jawatankuasa Penasihat (Industri) bagi Pengukuhan Akreditasi AACSB Untuk Bidang Perniagaan Antarabangsa, SOIS yang berkuat kuasa mulai September 2019 hingga September 2021.

Print Email

UUM Links

uum portal icon  uum    

Media Social

facebook 512 youtube new logo