English Afrikaans French German Italian Portuguese Russian Spanish

2019

Wacana Keselamatan Nasional Imbas Kisah EX-RAMPASAN LIA 2019

exrampas

UUM ONLINE: Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) telah menganjurkan Wacana Keselamatan Nasional: Imbasan Pengkisahan EX-RAMPAS LIA 2019 di EDC Hotels & Resorts, baru-baru ini.

Dekan SOIS, Prof. Madya Dr. Muhammad Fuad Othman berkata, UUM telah menghantar pelajar dari SOIS bagi mengikuti eksesais tersebut yang bertujuan menguji pengurusan dan pengendalian krisis keganasan terutamanya dari segi penyelarasan peranan dan tugas jabatan serta agensi yang terlibat.

Menurutnya, latih amal ini memberi peluang kepada jabatan dan agensi bagi menguji dan menilai keberkesanan prosedur operasi standard (SOP) masing-masing dan membuka ruang penambahbaikan kepada sebarang kekurangan di dalam SOP jabatan dan agensi.

“Saya bangga dengan pelajar SoIS kerana telah menyertai eksesais EX-RAMPAS yang telah membuka mata dan minda mereka tentang operasi dijalankan, selain mendapatkan pendedahan tentang pelbagai informasi operasi keselamatan nasional terutamanya di lapangan terbang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah, Mohd Razin Mahmood merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada pelajar terlibat kerana telah membantu dalam EX-RAMPAS LIA 2019.

Katanya, persembahan pelajar UUM sangat menakjubkan, sekali gus meletakkan ‘benchmark’ yang tinggi untuk eksesais EX-RAMPAS akan datang.

Pada majlis itu turut diadakan tayangan montaj EX-RAMPAS LIA 2019, diikuti dua sesi kuiz Kahoot! Keselamatan dan persembahan pelajar.

EX-RAMPAS LIA 2019 merupakan anjuran MKN Negeri Kedah dengan kerjasama Malaysia Airports dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi mulai 25 hingga 29 November lalu.

EX-RAMPAS LIA 2019 diadakan bertujuan untuk menguji keberkesanan Emergency Response Plan (ERP) Malaysia Airports selaku pengendali dan peneraju keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Program ini juga merupakan platform untuk menilai tahap kesiapsiagaan dan keupayaan 32 jabatan atau agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dan sejauhmana keberkesanan jabatan atau agensi berkomunikasi antara satu sama lain dalam melaksanakan SOP masing-masing semasa mengendalikan krisis.

Print Email

UUM Links

uum portal icon  uum    

Media Social

facebook 512 youtube new logo