All News

DELEGASI SOIS MENGHADIRI INTERNATIONAL DINNER OF DISTINGUISHED COLLEGIATES 2023 KLIEC

 

KLIEC

 
19 JULAI 2023: Delegasi Pusat Pengajian Antarabangsa yang diketuai oleh Prof. Madya Dr Nazariah Osman, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) telah dijemput untuk menghadiri International Dinner Of Distinguished Collegiates 2023 KLIEC yang dianjurkan oleh Kuala Lumpur International Education Consortium (KLIEC) yang diadakan di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur. Majlis makan malam ini dianjurkan adalah bagi meraikan para pelajar di bawah kelolaan Kuala Lumpur International Education Consortium (KLIEC) yang akan bergraduasi pada masa terdekat. Delegasi SoIS telah dijemput bagi menghadiri majlis makan malam antarabangsa ini sebagai menghargai komitmen SoIS dalam menjayakan program kerjasama yang telah dirancang terutamanya dalam penawaran program pasca iswazah. Delegasi SoIS mengambil peluang menghadiri majlis sebegini sebagai salah satu langkah proaktif bagi meneroka peluang-peluang kerjasama dengan agensi-agensi lain yang hadir. HABIS.