All News

SoIS, SUHAKAM ANJUR PROGRAM ANTI-BULI DI SMK PEDU

smk pedu no to bully

PEDU, 4 OKTOBER 2023: Masalah buli-membuli di sekolah bukan sahaja memberi kesan negatif kepada mangsa-mangsa, malah boleh membawa maut. Gejala ini juga mencabar sekolah sebagai institusi yang bertanggungjawab untuk membina ilmu, jati diri, dan kemenjadian pelajar.
 
Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) Universiti Utara Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) telah mengambil inisiatif untuk mengatasi masalah buli dengan menganjurkan program "Say No To Bully" di Sekolah Menengah Kebangsaan Pedu, Kuala Nerang, Kedah.
 
Program UUM-PIKBS di bawah program Membina Kesejahteraan Rakyat (MEKAR) selama setahun dan mengenal pasti bahawa gejala buli merupakan satu cabaran besar, terutamanya dalam konteks sekolah luar bandar.
 
Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pemahaman kepada pelajar tentang gejala buli dan kesan negatif yang timbul daripadanya terhadap individu, sekolah, dan masyarakat. Program ini melibatkan 75 pelajar menengah
rendah SMK Pedu dan telah disampaikan oleh Cik Nur Adlin Abd Ghaffar, Penolong Setiausaha, Bahagian Pendidikan dan Kemasyarakatan SUHAKAM, melalui ceramah bertajuk "Say No To Bully".
 
Selain itu, sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) juga diadakan untuk memberi peluang kepada peserta untuk membincangkan isu buli dengan lebih mendalam bersama 22 orang fasilitator, termasuk pensyarah, staf pentadbiran, dan pelajar SoIS.
 
Program ini telah berjaya berkat sokongan Pengetua SMK Pedu, Tuan Abd Rahman bin Malik, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Hasliza Halim, dan guru-guru Sek Men Kebangsaan Pedu. Turut hadir dalam program ini ialah Dr Siti Darwinda Mohamed Pero, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) SOIS. HABIS.