All News

PERBINCANGAN STRATEGIC PROGRAM KERJASAMA KLIEC-SOIS

kliec

12 JUN – Satu perbincangan strategik telah diadakan diantara pihak Kuala Lumpur International Education Consortium (KLIEC) dan Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) mengenai aktiviti kerjasama melibatkan program-program akademik, penerbitan dan penyelidikan yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat. Perbincangan secara tidak formal ini turut membincangkan hasrat dan agenda untuk memeterai Memoradum Perjanjian (MoA) bagi program akademik peringkat pengajian siswazah yang dirancang. Perbincangan ini diketuai oleh Dr Azlan Hj Alias, Senior Education Designer, KLIEC, Prof Mayda Dr Nazariah Osman, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa dan turut disertai oleh Prof Dr Rusdi Omar, Dekan, Ghazali Shafie Graduate School of Government serta barisan pengurusan Pusat Pengajian Antarabangsa. HABIS.