All News

JAWATANKUASA PUSAT PENGAJIAN MEMBANTU DALAM MENGGERAKKAN HALA TUJU DAN PELAN TINDAKAN 2024 SOIS

Oleh : Mohamad Nizwan Awang
Gambar Oleh : Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS)

 

UUM ONLINE: Seramai 29 staf Pusat Pengajian Antarabangsa terdiri daripada penjawat, ketua serta timbalan setiap jawatankuasa telah mengikuti Bengkel Pemantapan Hala Tuju dan Pelan Strategik Pusat Pengajian Antarabangsa 2024 di EDC Hotel, UUM.
Dekan SoIS, Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, bengkel ini bertujuan untuk pembentukan strategi dan inisiatif serta membuat pemurnian dan sasaran bagi pencapaian pelan strategik Pusat Pengajian Antarabangsa bagi tahun 2024.
 
 
Menurutnya, bengkel tersebut juga akan membantu pusat pengajian merancang dan menyusun setiap aktiviti yang bakal dianjurkan bagi memastikan aktiviti tersebut dapat mensasarkan kepada pencapaian pelan strategik pusat pengajian.
Pada majlis sama turut disampaikan Surat Lantikan bagi Jawatankuasa SoIS 2024 serta pembentangan oleh setiap jawatankuasa yang dilantik yang melibatkan Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa), Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) serta Penolong Pendaftar Kanan.
 
 
Prof. Dr. Mohd Azizuddin berkata, tahniah kepada pensyarah yang baru dilantik dan diharap bengkel ini dapat membantu SoIS untuk mencapai penunjuk prestasi yang ditetapkan pada tahun ini.