All News

PROF. MADYA DR. LAILA SURIYA PENERAJU BAHARU SOIS

Oleh: Nor Hidayah Ishak
Gambar oleh: Wira Syawal Abu Seman
 
Prof. Madya Dr. Laila Suriya telah dilantik sebagai Dekan baharu Pusat Pengajian Antarabangsa (SoIS) berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 menggantikan Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani yang telah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM. Dr. Laila yang bermula kerjaya beliau sebagai Tutor di SoIS 20 tahun lalu telah diberi kepercayaan pada tahun ini untuk menggalas tugas sebagai Dekan SoIS.
 
 
Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Dekan telah diadakan pada 3 Mac 2024 baru-baru ini di Managers Coffee. Dalam ucapan beliau, Prof. Dr. Azizuddin mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Dr. Laila dan semoga dengan lantikan beliau ini dapat menerajui pusat pengajian ke arah mencapai hala tuju dan sasaran yang ditetapkan. Dr. Laila juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada Naib Canselor atas kepercayaan yang diberikan untuk meneraju SoIS. Beliau akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan ini dengan sebaiknya.
 
 
 
Pada majlis yang sama, turut diraikan Puan Siti Nur Ain Aziz, Penolong Pegawai Tadbir yang telah bertukar ke Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC) dan digantikan dengan Puan Rosmiza Ahmad.