All News

KEMERIAHAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SOIS 2024: MERAIKAN KEBERSAMAAN DAN SILATURRAHIM

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat pusat pengajian yang bertempat di Banquet Room SOIS, Universiti Utara Malaysia (UUM), telah dianjurkan oleh Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) pada 7 Mei 2024. Majlis ini diadakan untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama kakitangan SOIS.

raya1

raya3

Majlis yang meriah ini dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan oleh Dekan SOIS Prof. Dr. Laila Suriya Ahmad Apandi. Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang majlis, termasuk jamuan makan yang disediakan dengan hidangan tradisional Hari Raya. Hadirin juga berpeluang untuk beramah mesra dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam suasana yang penuh kegembiraan dan kemeriahan.

raya2

Pihak penganjur berharap agar majlis sambutan ini dapat menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh warga SOIS. Dengan penganjuran majlis seperti ini, SOIS berhasrat untuk terus memupuk semangat kebersamaan dan keharmonian dalam kalangan warga kampus. Diharapkan juga majlis ini dapat meninggalkan kenangan manis buat semua yang hadir. Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) 2024.