All News

INDUSTRIAL CAREER WALK 2.0: PENDEDAHAN KERJAYA DAN PELUANG DI PELBAGAI INSTITUSI

Industrial Career Walk 2.0, sebuah program yang menawarkan peluang pendedahan kerjaya yang berharga kepada pelajar, program telah dianjurkan oleh Persatuan Pengurusan Perniagaan Antarabangsa (IBMS) pada 11 hingga 13 Jun 2024. Program ini melibatkan lawatan ke pelbagai institusi terkemuka seperti Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF), Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Schlumberger Sdn Bhd (SLB), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), dan Kedutaan Singapura di Kuala Lumpur.

icw1

Selama tiga hari, peserta program berpeluang untuk memahami lebih mendalam mengenai operasi dan peluang kerjaya di setiap institusi tersebut. Program ini merangkumi sesi taklimat, interaksi dengan profesional industri, dan pendedahan kepada persekitaran kerja sebenar. Melalui lawatan ini, pelajar dapat menilai dan merancang laluan kerjaya mereka dengan lebih baik serta membina rangkaian profesional yang berguna.

icw3

Pengalaman yang diperoleh dari program ini diharap dapat membantu pelajar dalam mempersiapkan diri untuk memasuki dunia pekerjaan dan memahami dengan lebih jelas tentang pelbagai bidang kerjaya yang ditawarkan. Program ini mendapat sambutan yang positif dan memberikan perspektif berharga mengenai pilihan kerjaya dalam sektor-sektor yang berbeza. Pihak penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua institusi yang terlibat atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Industrial Career Walk 2.0. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk terus memberikan pendedahan yang bermanfaat kepada pelajar.