All News

LAWATAN FORUM ANJURAN PARLIMEN MALAYSIA: MEMAHAMI DIPLOMASI PARLIMEN

Pada 20 Jun 2024, Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) dengan kerjasama Parlimen Malaysia telah menganjurkan satu lawatan forum bertempat di Dewan Banquet, Parlimen Malaysia. Program ini disertai oleh 20 orang pelajar daripada Persatuan Hal Ehwal Antarabangsa (INTAFF) dan Persatuan Sains Politik (PSP), bersama seorang pegawai pengiring iaitu Puan Rosmiza Ahmad.

parliament1

Forum bertajuk "The Power and Purpose of Parliamentary Diplomacy: Strengthening Relations Among Commonwealth Nations" ini membahaskan konteks konsep "Parliamentary Diplomacy" yang disampaikan oleh wakil dari Commonwealth Parliamentary Association (CPA). Pelajar diberikan penerangan mendalam tentang peranan dan pentingnya diplomasi parlimen dalam hubungan antarabangsa serta bagaimana ia membantu dalam mempromosikan kerjasama dan pemahaman antara negara-negara Komanwel.

parliament3

Selain sesi pembentangan, para pelajar juga berpeluang beramah mesra dengan beberapa tokoh penting termasuk YB Datuk Seri Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Setiausaha Kehormat CPA Malaysia, YB Senator Datuk Nur Jazlan, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, serta Mr. Stephen Twigg, Setiausaha Agung CPA. Pertemuan ini memberi peluang kepada pelajar untuk bertanya dan mendapatkan perspektif langsung tentang diplomasi parlimen dan peranan Malaysia dalam CPA.

parliament2

Program ini bukan sahaja memberikan pendedahan akademik yang berharga kepada para pelajar, tetapi juga memperkaya pengalaman mereka dengan interaksi bersama pemimpin dan pakar dalam bidang diplomasi parlimen. Semua yang terlibat menyatakan kepuasan dan penghargaan terhadap peluang ini yang diharap dapat diadakan lagi pada masa hadapan.