All News

PROGRAM KECEMERLANGAN STPM 3.00 SEMESTER 2 SMK TUNKU SULEIMAN: PENGHARGAAN DAN INSPIRASI UNTUK PELAJAR CEMERLANG

Program Kecemerlangan STPM 3.00 Semester 2 yang dianjurkan untuk pelajar SMK Tunku Suleiman menjadi saksi Dewan Auditorium SOIS pada 15 Julai 2024. Penghargaan khas telah disampaikan oleh Pengarah Ghazali Shafie Enhancement Program (GSEEP), Dr. Mashitah Binti Mohd Udin, yang ditemani oleh Koordinator Program GSEEP dan juga Presiden Persatuan Sains Politik (PSP), saudara Ku Har. Bertujuan untuk menghargai dan memberi motivasi kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik mereka.

stpm1

Majlis ini turut dihadiri oleh barisan guru SMK Tunku Suleiman, serta pelbagai tetamu kehormat dan barisan penggerak program yang lain. Antaranya ialah Azaliza, Pembantu Tadbir; Muzammir, Presiden Kelab Pelajar Cemerlang (KPC) Perlis; serta badan pelaksana dan team urus setia yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.

stpm2

Sepanjang program, pelbagai aktiviti telah diadakan bagi memberi inspirasi dan galakan kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik. Dr. Mashitah Binti Mohd Udin dalam ucapannya menekankan betapa pentingnya usaha berterusan dan semangat juang dalam mengejar impian, manakala saudara Ku Har berkongsi pengalaman beliau sebagai seorang pelajar dan pemimpin pelajar.

stpm4

Program ini diharapkan dapat menjadi pemangkin semangat kepada pelajar-pelajar SMK Tunku Suleiman untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam akademik dan juga kehidupan. Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan Program Kecemerlangan STPM 3.00 Semester 2 ini.