All News

EMINA KULASIC BONG EI MIN, GRADUAN SARJANA MUDA PENGURUSAN HAL EHWAL ANTARABANGSA RAIH ANUGERAH PELAJARAN DIRAJA

Happy Fathers Day Photo Collage

 

Emina Kulasic Bong Ei Min, graduan Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa, telah menerima Anugerah Pelajaran Diraja sempena Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) Ke-37. Dalam majlis yang meriah ini, Emina diiktiraf sebagai pelajar cemerlang yang telah menunjukkan prestasi luar biasa dalam akademik serta aktif dalam pelbagai aktiviti persatuan dan organisasi.

Sepanjang pengajiannya, Emina telah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar 2022/2023, Bendahari Kelab Patriot Chapter Sarawak 2021/2022, dan sebagai Exco Kelab Model Bangsa-Bangsa Bersatu. Keterlibatannya dalam aktiviti kemasyarakatan dan pengurusan majlis telah memberikan pengalaman berharga yang memantapkan lagi kemahiran kepimpinannya.

Selain pengiktirafan dari UUM, Emina juga mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah “Most Diplomatic Minister” dalam ASEAN Foundation Model ASEAN Meeting yang berlangsung di Siem Reap, Kemboja. Kecemerlangan kepimpinan serta keupayaan untuk berinteraksi dalam pelbagai situasi diplomatik telah membuktikan kebolehan dan potensi beliau dalam bidang Hal Ehwal Antarabangsa.

"Saya amat meminati bidang pengajian Hal Ehwal Antarabangsa, oleh itu semua perkara yang dipelajari menjadi mudah. Saya ingin meneruskan pengajian di luar negara untuk menguatkan lagi pengetahuan dalam bidang tersebut demi mengejar impian menjadi seorang diplomat yang berjaya," ujar Emina dengan penuh semangat mengenai masa depannya.

Kejayaan Emina Kulasic Bong Ei Min adalah satu inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk tidak hanya memberi tumpuan kepada akademik, tetapi juga terlibat aktif dalam kegiatan yang dapat membangunkan kemahiran kepimpinan dan jaringan sosial.